www.maplandia.com/malaysia/Selangor/kampong-sungai-lui
Kampung Sungai
Lui
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui
yang bercantum dengan Sungai Langat .
Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.
Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan
seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit
. Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf
Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d'
Haslam.
Isi kandungan
- 1 Kampung Orang Asli Paya Lebar
- 2 Air Terjun Sungai Gabai
- 3 Sejarah Kampung Sungai Lui
- 4 Media popular
Kampung Orang Asli Paya Lebar
Kampung ini berhampiran dengan Sungai Lui
. Orang Asli suku Temuan tinggal di kawasan ini. Sesuatu yang tidak
dapat dilupakan apabila anda berkunjung ke Kampung Sungai Lui ialah anda akan
disambut dengan bayuan lembut dan deruan air terjun sungai gabai yang mengimbau
para pengunjung.
Air Terjun Sungai Gabai
Tercatat dalam peta pelancongan negeri Selangor. Letaknya lebih kurang 30 kilometer dari
pusat bandar raya Kuala Lumpur. Airnya
yang mengalir jernih, setinggi 7 tingkat sesuatu yang tidak dapat dilupakan
sekiranya kita berada di sini. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 100.000
bagi membaikpulih dan menaikkan taraf Air Terjun Sungai
Gabai.
Asalnya air terjun Sungai Gabai ini adalah merupakan
punca air bagi penduduk yang mengerjakan sawah padi di awal tahun 60an. Namun
begitu di awal tahun 80an Sungai Lui telah dikunjungi oleh rombongan orang
Inggeris lebih kurang 50 orang dan bermulalah air terjun Sungai Gabai ini
mendapat tempat di hati mereka.
Dikelilingi kawasan perkebunan buah-buahan, ia lebih
meriah lagi sekiranya tiba bulan Jun hingga Ogos. Ini kerana pada bulan-bulan
ini musim buah-buahan sedang diraikan oleh penduduk kampung dan orang luar yang
berkunjung ke sini. Siapa tidak kenal Durian Hulu Langat , di sinilah tempatnya.
Sambil bersantai dengan keluarga, anda akan merasai kehidupan kampung yang
sebenarnya.
Kunjungilah Air Terjun Sungai Gabai anda tidak akan
menyesal, perjalanan jauh yang anda lalui berbaloi apabila disambut dengan
deruan air terjun Sungai Gabai.
Sejarah Kampung Sungai Lui
mengikut kata orang tua , nama Sungai
Lui diambil sempena dengan nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami
kampung ini. Pada 1900an, peneroka tanah dari Bukit Nanas, Seputeh, Subang dan Kampung
Kerinchi di Kuala Lumpur telah
diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana ingin menjadikan kawasan tersebut
kawasan bandar. Penghulu Mukim Hulu Langat ketika itu, Encik Abdul Jalil telah
membawa mereka ke Hulu Langat untuk dijadikan kawasan penempatan baru. Di sini
mereka telah berpecah dengan menetap di Semungkis, Pansoon dan Sungai Lui.
Ketika itu, pedagang Cina
juga datang untuk membijih di sungai sungai dengan mendulang. Terdapat juga
cerita yang mana perkataan "LUIT" iaitu teloh orang Cina yang
bermakna "DUIT" menjadi popular kerana banyaknya keuntungan dari
mendulang bijih timah hingga perkataan itu menjadi sinonim dengan kawasan
tersebut. Di samping itu orang asli yang sama sama meneroka juga bernama LUI,
maka nama tersebut diambil dan disatukan dengan sungai yang mengalir di tengah
tengah kampung ini.
Kampung ini terbahagi kepada Kampung Kota Petai, Kampung
Tanjung Pauh, Kampung Batu 20,Batu 20 1/2 Kampung Haji Hassan, Kampung Masjid,
Kampung Bharu, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Gabai, Kampung Tengah Batu 23,
Kampung Tuntong, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar. Penduduknya
dianggarkan seramai 5 000 orang.
Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah
sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama, klinik desa, masjid, padang awam,
gelanggang futsal, pusat sumber desa, dewan orang ramai,tanah perkuburan,
beberapa balairaya, bangunan belia 4B dan taman permainan.Selepas pilihanraya
umum 12 akibat kekalahan Barisan Nasional maka pentadbiran kampung telah
dibahagikan kepada dua satu JKKK di bawah kerajaan negeri dan satu lagi JKKP
dibawah persekutuan. Pentadbiran baru JKKK Batu 20 Sungai En Yunus dan
Pentadbiran JKKK Batu 21 adalah En Miskon .Sementara JKKP pula diterajui oleh
Tuan Haji Hassan bagi JKKKP batu 20 dan Tuan haji Samad bagi JKKKP batu 21.
Kebanyakkan penduduknya berkerja sebagai kakitangan
kerajaan, pekerja kilang, berniaga, petani, dan bekerja sendiri. Pada amnya 99%
penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya
terdiri dari keturunan Kerinci dan Minangkabau namun mereka hidup dengan aman dan
harmoni. Bergotong royong pada sesuatu majlis perkahwinan atau kenduri kendara
masih diamalkan. Kampung ini terkenal dengan kumpulan Silat Pedang yang dipersembahkan semasa majlis
perkahwinan. Pertarungan menggunakan pedang dipersembahkan semasa majlis
perkahwinan dan acara-acara lain.
Sy ad tanya Rate berapa sama agen AmBank...tpi sy cuma BG slip gaji sje kat di wassup....sy tk jdi nk buat kt agen toe....tiba2 sy buat dekat bank lain agen AmBank toe dh masuk dlm sistem ..sy nk tanya kalu nk clear kan dri sistem. Berapa hari yer..Sebb sy nk buat loan bank lain tk boleh
BalasPadam